Kelab Rakan Muda SRM bersama-sama pihak MPP UPNM telah mengadakan Karnival Rekreasi bertarikh 20 November 2011 dan bertempat di Dataran Wawasan, UPNM. Antara acara yang telah dianjurkan adalah Pertandingan Street Soccer, Bola Jaring 3on3, Bengkel Teknik Pengurusan Stress Elektif dan juga Senamrobik. Upacara yang telah bermula pada seawal jam 8 pagi dan berakhir pada jam 4 petang itu telah dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor Bahagian Hal Ehwal Pelaja dan Alumni, Prof Wan Mahzom binti Ahmad Shah.

Pertandingan telah disertai oleh semua batalion (Tuah, Jebat, Kasturi, Lekir, Palapes dan Lekiu) serta peserta jemputan dari universiti luar. Batalion Palapes UPNM sekali lagi telah mengharumkan nama Batalion Palapes dengan membawa pulang pingat Perak dalam pertandingan Street Soccer 3on3.


Tahniah diucapkan kepada pemenang-pemenang dan peserta yang kalah boleh cuba lagi.

1 Komen:

Post a Comment
  1. congrats all,