Universiti Pertahanan Nasional Malaysia

Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) atau National Defence University of Malaysia (NDUM) adalah sebuah universiti tentera yang terletak di Kem Sungei Besi Kuala Lumpur. Universiti ini merupakan universiti unik dan butik pertama Malaysia dengan keperluan dan pembangunan angkatan bersenjata moden. Pada tahun 2008, memiliki sekitar 1,500 pelajar, dengan lebih daripada 1,300 daripada mereka adalah Officer Kadet.


Sejarah

UPNM awalnya Akademi Tentera Malaysia (ATMA) atau Akademi Angkatan Bersenjata Malaysia yang ditubuhkan pada tarikh 1 Jun 1995. Itu adalah organisasi yang bertanggung jawab dalam meningkatkan pengetahuan dan status akademik angkatan bersenjata dengan menawarkan gelaran sarjana di bidang teknik, ilmu pengetahuan dan pengurusan sementara tidak mengabaikan keperluan dasar dari latihan tentera. program sarjana Tingkat telah terakreditasi dan diberikan oleh Universiti Teknologi Malaysia pada awal. Jurulatihdari dalam angkatan bersenjata, beberapa disewa oleh akademi dan selebihnya diwakili oleh UTM-adalah komited penuh untuk mengubah wajah angkatan bersenjata Malaysia.

Pada tarikh 10 November 2006, tanggung jawab ATMA adalah diiktiraf dan selanjutnya diberikan dorongan ketika di menaik taraf ke status universiti mencipta UPNM saat ini. Pendirian universiti ini diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi selama membaca 2007 Anggaran di Parlimen Malaysia. Tetapan dari kos universiti RM 500 juta dan telah sepenuhnya ditanggung oleh Kerajaan Malaysia.

Pengambilan pertama universiti dalam pelajar untuk sesi 2007/2008 dengan perubahan baru dengan mengambil pengambilan pertama graduan awam. Universiti Pertahanan Nasional Malaysia mempersiapkan para pemimpin tentera dan awam dari Malaysia untuk lebih baik mengatasi cabaran keselamatan kebangsaan dan antarabangsa melalui program pendidikan multi-disiplin, penyelidikan, pertukaran profesional dan pendekatan. Walaupun universiti masih muda, ia telah menorehkan di atas 11 tahun pengalaman dalam bidang pendidikan dan latihan sejak tahun 1995 dengan lebih dari 1000 lulusan di bidang teknik, ilmu komputer dan pengurusan. Lulusan ini juga telah berjaya telah dinobatkan sebagai pegawai penuh Angkatan Tentera Malaysia, Malaysia Royal Navy Royal Malaysia Air Force, Sektor Kerajaan dan Bukan Kerajaan Sektor.




Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES)


PALAPES ialah singkatan kepada Pasukan Latihan Pegawai Simpanan atau dalam bahasa Inggeris dikenali sebagai "Reserve Officers Training Unit (ROTU)".

PALAPES ditubuhkan sebagai pusat melatih pegawai dari kalangan pelajar. Penubuhannya adalah merupakan salah satu progam Negara melalui Kementerian Pertahanan yang berperanan untuk melatih bakal-bakal pegawai dari Institusi Pengajian Tinggi tentang aspek ilmu ketenteraan. Program latihan akan melayakkkan pelajar IPT ditauliahkan sebagai seorang pegawai bertauliah oleh Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong dan layak untuk memilih plantun Pasukan Simpanan Tentera Darat (Wataniah) dan Tentera Darat.

PALAPES juga adalah sebagai perintis jalan untuk mewujudkan satu barisan pegawai simpanan yang sentiasa bersedia untuk digemblengkan bagi menyahut seruan Negara apabila diperlukan. Ia juga merupakan program usahasama di antara tentera dengan IPT bagi menguatkan benteng pertahananan dan ketahanan negara dari segala ancaman.


Penubuhan PALAPES Tentera Darat

Pasukan Latihan Pegawai Simpanan ditubuhkan sebagai pusat melatih pegawai dari kalangan mahasiswa. Ianya merupakan cawangan pusat latihan pegawai Rejimen Askar Wataniah; dibawah perintah Markas Latihan Tentera Darat. Penubuhannya adalah merupakan salah satu program negara melalui Kementerian Pertahanan yang berperanan untuk melatih bakal-bakal pegawai dari Institusi Pengajian Tinggi (IPTA) tentang aspek ilmu ketenteraan. Program latihan akan melayakkan mahasiswa-mahasiswi IPTA ditauliahkan sebagai seorang pegawai bertauliah oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong dan layak untuk memimpin Pasukan dalam Tentera Darat, Angkatan Tentera Malaysia (ATM). PALAPES juga adalah sebagai perintis untuk mewujudkan satu barisan pegawai simpanan yang sentiasa bersedia untuk digembelengkan bagi menyahut seruan negara apabila diperlukan. Ia juga merupakan program usahasama di antara tentera dengan IPTA bagi menguatkan benteng pertahanan dan ketahanan negara dari segala ancaman. PALAPES ditubuhkan di 12 IPTA sebagai pusat pengeluaran pegawai dari kalangan mahasiswa dan mahasiswi. Pada mulanya, sebelum PALAPES diwujudkan, institusi pengajian tinggi telah memulakan batalion Askar Wataniah di kampus masing-masing. Disebabkan oleh masa cuti yang tidak sesuai, kebanyakan mahasiswa dan mahasiswi tidak mampu untuk mengikuti kursus-kursus bagi membolehkan mereka menjadi pegawai. Atas kesedaran itu, PALAPES telah ditubuhkan untuk melahirkan pegawai-pegawai lepasan institusi pengajian tinggi bagi menerajui Rejimen Askar Wataniah.

Sejarah awal PALAPES Tentera Darat, selaku sejarah PALAPES di IPTA pada amnya, bermula pada 3 April 1965 dengan penubuhan Batalion Pertama Infantri Askar Wataniah Cawangan Universiti Malaya. Pada awalnya penubuhannya, seramai 30 orang pelajar dari pelbagai fakulti telah menjalani kursus Asas Rekrut di Kem Latihan Seputih, Batu Gajah, Perak, sewaktu cuti semester. Tragedi 13 Mei 1969 menyaksikan Kompeni ini berkembang ke IPTA lain dengan penubuhan Kompeni A di ITM, Kompeni B di UPM dan Kompeni C di UKM dengan UM menjadi markas Batalionnya. Berikutan dengan semangat juang yang tinggi dikalangan pelajar-pelajar IPTA ini, Brigadier General Dato' Abdul As Ismail selaku Pengarah Askar Wataniah ketika itu telah mengambil inisiatif berbincang dengan Naib-naib Canselor Universiti dan pengarah ITM ketika itu untuk menubuhkan Reserve Officer Training Unit (ROTU). Pada 18 Disember 1978, Jawatankuasa Turus Angkatan Tentera telah meluluskan penubuhan ROTU atau Reserve Officer Training Unit dengan objektif untuk melahirkan Pegawai-pegawai sukarela dari kalangan pensyarah, kakitangan dan pelajar di IPTA. Pada 26 Februari 1979, mesyuarat yang dipengerusikan oleh Ketua Turus Tentera darat dan dihadiri oleh Naib-naib Canselor Universiti dan Pengarah ITM telah diadakan untuk menubuhkan ROTU di IPTA masing-masing. Batalion Infantri Askar Wataniah UM dibubarkan dan dengan secara rasminya bermula dengan UPM pada 2 Februari 1980, UM dan UKM pada 7 Februari 1980, ITM pada 8 Februari 1980, USM pada 17 Februari 1980, UUM pada 1 Mei 1984 dan UTM pada 11 April 1992. ROTU kemudiannya ditukar kepada nama PALAPES (Pasukan Latihan Pegawai Simpanan) sehinggalah sekarang. Kini universiti-universiti baru seperti UMS, UNIMAS, KUITTHO, UPSI dan KUKUM turut menubuhkan unit mereka sendiri


Sejarah Penubuhan PALAPES

Sejarah awal PALAPES bermula pada 3 April 1965 dengan penubuhan Batalion Pertama Infantri Askar Wataniah cawangan Universiti Malaya. Ianya telah dimulakan dikalangan staf dan pelajar Universiti Malaya berikutan dengan peristiwa konfrontasi dengan Indonesia pada tahun 1963. Di peringkat awal penubuhannya, seramai 30 orang pelajar dari pelbagai fakulti telah menjalani kursus Asas Rekrut di Kem Latihan Seputih, Batu Gajah, Perak, sewaktu cuti semester. Kebanyakan daripada mereka merupakan pelajar-pelajar yang sudah mempunyai asas-asas ketenteraan dan polis dengan sebahagian besarnya merupakan pelajar-pelajar lepasan Maktab Tentera Diraja. Tragedi 13 Mei 1969 menyaksikan Kompeni ini berkembang ke IPT lain dengan penubuhan Kompeni A di ITM, kompeni B di UPM dan Kompeni C di UKM dengan UM menjadi markas Batalionnya. Berikutan dengan semangat juang yang tinggi dikalangan pelajar-pelajar IPTA ini, Brigedier General Dato' Abdul As Ismail selaku Pengarah Askar Wataniah ketika itu telah mengambil inisiatif berbincang dengan Naib-naib Canselor Universiti dan pengarah ITM ketika itu untuk menubuhkan ROTU. Pada 18 Disember 1978, Jawatankuasa Turus Angkatan Tentera telah meluluskan penubuhan ROTU atau Reserve Officer Training Unit dengan objektif untuk melahirkan Pegawai-pegawai sukarela dari kalangan pensyarah, kakitangan dan pelajar di IPTA. Namun begitu, ROTU kurang mendapat sambutan dari kalangan pelajar-pelajar berikutan jadual kursus di Pusat Latihan Askar Wataniah (PLAW) tidak seiring dengan cuti semester. Selain daripada itu, mahasiswa juga tidak berpeluang untuk mengikuti kursus bakal pegawai kerana prosedur-prosedur yang perlu dilalui pada ketika itu. Pada 26 Februari 1979, satu mesyuarat telah diadakan yang dipengerusikan oleh Ketua Turus Tentera darat dan dihadiri oleh Naib-naib Canselor Universiti dan Pengarah ITM untuk menubuhkan ROTU di IPTA masing-masing. Kesemua IPTA di Lembah Kelang telah dicadangkan untuk menubuhkan ROTU dengan bantuan dari KEMENTAH. Pada 1 Julai 1979, UKM telah dipilih untuk menubuhkan ROTU percubaan dan kemudiannya diikuti oleh IPTA-IPTA lain seperti UM, UPM, USM dan ITM. Kesemua IPTA menubuhkan ROTU pada awal 1980 kecuali UTM. Latihan-latihan dijalankan di sekitar kampus dan di kem-kem tentera berhampiran. ROTU kini dikenali sebagai Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES).



Konsep Latihan PALAPES


Semua pelajar program Ijazah Sarjana Muda di UPNM yang tidak ditaja oleh Kementerian Pertahanan diwajibkan menyertai PALAPES. PALAPES merupakan satu program ko-kurikulum yang diberi enam (6) nilai kredit dan didaftarkandi dalam transkrip pelajar sekiranya berjaya ditauliahkan. Jangka masa program adalah selama tiga (3) tahun yang membolehkan pelajar mengikuti latihan ketenteraan, memupuk disiplin dan kepimpinan serta membentuk personaliti intelektual yang mempunyaiketahanan mental dan fizikal yang mantap.

Latihan PALAPES dilaksanakan selama 3 tahun. Tahun pertama adalah Peringkat Junior,tahun kedua adalah Peringkat Intermediate dan tahun Ketiga adalah Peringkat Senior. Pada dasarnya jenis Latihan yang dijalankan di PALAPES adalah mirip kepada Latihan Kadet Angkatan tetap ATM sebagaimana yang dilaksanakan di ATMA (UPNM) dan KTD. Jenis-jenis latihan yang dijalankan oleh PALAPES adalah seperti berikut:
  • Latihan Tempatan - 240 jam
  • Latihan Berterusan - 14 hari setahun
  • Latihan Kem Tahunan - 15 Hari setahun
  • Latihan Pentauliahan - 21 Hari (senior sahaja)


Imbuhan Penyertaan

Program PALAPES memberikan imbuhan dan pulangan seperti berikut:
  • Layak untuk dipertimbangkan bagi ditauliahkan sebagai Leftenan Muda dalam Askar Wataniah apabila lulus kesemua peringkat latihan
  • Makanan diberi percuma sepanjang latihan
  • Peluang mengembara dan menjalani aktiviti lasak ‘ala adventure training’ secara percuma, dengan bayaran elaun latihan dan makanan secara percuma serta berasinagan dari aktiviti latihan biasa program PALAPES
  • Peluang mempelajari dan menembak semua jenis senjata ATM.
  • PEluang melawat institusi latihan ketenteraan seperti Pusat Lathan Peperangan Gerak Khas (PULPAK), Pusat Latihan Risik (PULARIS), Pusat Latihan Armor (PULAMOR), Pusat Latihan Artileri (PUSATI), Institut Komunikasi (IKED), Pengkalan Tentera Laut, Pengkalan Tentera Laut dan sebagainya.
  • Peluang melancong secara percuma dengan menyertai Istiadat Pentauliahan PALAPES yang diadakana secara bergilir-gilir setiap tahun di PALAPES IPTA seluruh Malaysia.
  • Penganugerahan Watikah Pentauliahan oleh Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong sebagai pengiktirafan ditauliahkan sebagai Leftenan Muda Rejimen Askar Wataniah.
  • Berpeluang mengumpul wang elaun latihan sebanyak RM2865.50 setahun.
  • Bayaran elaun menghadiri latihan seperti berikut:
Elaun Kadar
Elaun Latihan Tempatan RM 4.00 sejam / 240 jam (Setahun)
Elaun Latihan Berterusan RM 32.23 / sehari (Junior)
RM 38.11 / sehari (Intermediate)
RM 41.00 / sehari (Senior)
Latihan Kem Tahunan RM 493.00 / 15 hari setahun (Junior)
RM 533.00 / 15 hari setahun (Intermediate)
RM 574.00 / 15 hari setahun (Senior)
Baunti RM 520.00 / setahun kepada yang mengikuti latihan sepenuhnya