Istiadat Pentauliahan Diraja Pegawai Kadet PALAPES IPTA Ke-30 telah diadakan di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Parit Raja, Batu Pahat, Johor.

Istiadat tersebut terdiri daripada pemeriksaan perbarisan, perbarisan berjalan lalu dalam masa perlahan dan cepat, perbarisan mara menghadap dan pengurniaan hadiah kepada pegawai kadet terbaik daripada setiap IPTA serta pengurniaan watikah kepada pegawai kadet PALAPES yang berlangsung pada 9 Julai 2011.
Sebanyak 14 buah IPTA yang mempunyai pasukan PALAPES berkumpul di UTHM bermula 27 Jun 2011 sehingga 10 Julai 2011.

Seramai 127 orang anggota pegawai kadet PALAPES Darat UPNM pengambilan ke-2 yang telah ditauliahkan Leftenan Muda pada 9 Julai 2011. Ini merupakan kontinjen PALAPES UPNM pertama yang menyertai pentauliahan diraja dibawah pentadbiran PALAPES UPNM sendiri yang diketuai oleh Mejar Diwi.

Kontinjen PALAPES UPNM juga telah dinobatkan sebagai juara Kontinjen Perbarisan Terbaik bagi Istiadat Perbarisan Pentauliahan Diraja PALAPES IPTA Ke-30. Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Panglima Tentera Darat iaitu Jeneral Datuk Hj Zulkifli Bin Hj Zainal Abidin yang juga selaku bekas Naib Canselor UPNM.


0 Komen:

Post a Comment