Semua pelajar program Ijazah Sarjana Muda di UPNM yang tidak ditaja oleh Kementerian Pertahanan diwajibkan menyertai PALAPES. PALAPES merupakan satu program ko-kurikulum yang diberi enam (6) nilai kredit dan didaftarkandi dalam transkrip pelajar sekiranya berjaya ditauliahkan. Jangka masa program adalah selama tiga (3) tahun yang membolehkan pelajar mengikuti latihan ketenteraan, memupuk disiplin dan kepimpinan serta membentuk personaliti intelektual yang mempunyaiketahanan mental dan fizikal yang mantap.

Latihan PALAPES dilaksanakan selama 3 tahun. Tahun pertama adalah Peringkat Junior,tahun kedua adalah Peringkat Intermediate dan tahun Ketiga adalah Peringkat Senior. Pada dasarnya jenis Latihan yang dijalankan di PALAPES adalah mirip kepada Latihan Kadet Angkatan tetap ATM sebagaimana yang dilaksanakan di ATMA (UPNM) dan KTD. Jenis-jenis latihan yang dijalankan oleh PALAPES adalah seperti berikut:
  • Latihan Tempatan - 240 jam
  • Latihan Berterusan - 14 hari setahun
  • Latihan Kem Tahunan - 15 Hari setahun
  • Latihan Pentauliahan - 21 Hari (senior sahaja)

Imbuhan Penyertaan

Program PALAPES memberikan imbuhan dan pulangan seperti berikut:
  • Layak untuk dipertimbangkan bagi ditauliahkan sebagai Leftenan Muda dalam Askar Wataniah apabila lulus kesemua peringkat latihan
  • Makanan diberi percuma sepanjang latihan
  • Peluang mengembara dan menjalani aktiviti lasak ‘ala adventure training’ secara percuma, dengan bayaran elaun latihan dan makanan secara percuma serta berasinagan dari aktiviti latihan biasa program PALAPES
  • Peluang mempelajari dan menembak semua jenis senjata ATM.
  • PEluang melawat institusi latihan ketenteraan seperti Pusat Lathan Peperangan Gerak Khas (PULPAK), Pusat Latihan Risik (PULARIS), Pusat Latihan Armor (PULAMOR), Pusat Latihan Artileri (PUSATI), Institut Komunikasi (IKED), Pengkalan Tentera Laut, Pengkalan Tentera Laut dan sebagainya.
  • Peluang melancong secara percuma dengan menyertai Istiadat Pentauliahan PALAPES yang diadakana secara bergilir-gilir setiap tahun di PALAPES IPTA seluruh Malaysia.
  • Penganugerahan Watikah Pentauliahan oleh Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong sebagai pengiktirafan ditauliahkan sebagai Leftenan Muda Rejimen Askar Wataniah.
  • Berpeluang mengumpul wang elaun latihan sebanyak RM2865.50 setahun.
  • Bayaran elaun menghadiri latihan seperti berikut:
Elaun Kadar
Elaun Latihan Tempatan RM 4.00 sejam / 240 jam (Setahun)
Elaun Latihan Berterusan RM 32.23 / sehari (Junior)
RM 38.11 / sehari (Intermediate)
RM 41.00 / sehari (Senior)
Latihan Kem Tahunan RM 493.00 / 15 hari setahun (Junior)
RM 533.00 / 15 hari setahun (Intermediate)
RM 574.00 / 15 hari setahun (Senior)
Baunti RM 520.00 / setahun kepada yang mengikuti latihan sepenuhnya

1 Komen:

Post a Comment
  1. The Gaming Club in Atlantic City - Dr. Maryland
    The Gaming Club in 논산 출장마사지 Atlantic City, N.J. 여수 출장마사지 is a non-gaming facility 사천 출장마사지 designed 동두천 출장마사지 for non-lobbyists,” Dr. Larry The Casino & Resort, a non-gaming 화성 출장안마 facility in