Kelab Rakan Muda SRM bersama-sama pihak MPP UPNM telah mengadakan Karnival Rekreasi bertarikh 20 November 2011 dan bertempat di Dataran Wawasan, UPNM. Antara acara yang telah dianjurkan adalah Pertandingan Street Soccer, Bola Jaring 3on3, Bengkel Teknik Pengurusan Stress Elektif dan juga Senamrobik. Upacara yang telah bermula pada seawal jam 8 pagi dan berakhir pada jam 4 petang itu telah dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor Bahagian Hal Ehwal Pelaja dan Alumni, Prof Wan Mahzom binti Ahmad Shah.

Pertandingan telah disertai oleh semua batalion (Tuah, Jebat, Kasturi, Lekir, Palapes dan Lekiu) serta peserta jemputan dari universiti luar. Batalion Palapes UPNM sekali lagi telah mengharumkan nama Batalion Palapes dengan membawa pulang pingat Perak dalam pertandingan Street Soccer 3on3.


Tahniah diucapkan kepada pemenang-pemenang dan peserta yang kalah boleh cuba lagi.
Latihan tempatan yang bertarikh 20 November 2011, peringkat senior telah menjalani latihan kawad pedang selama satu hari. Peringkat Intermediate dengan kawad senjata dan peringkat junior dengan kawad kaki.

Selamat menyambut Hari Deepavali kepada yang beragama Hindu

 Dan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada Muslimin dan Muslimat.


Selamat bercuti kepada semua.
Pertandingan akhir telah berlangsung pada 22 Okober 2011. Sebanyak 5 batalion telah menyertai pertandingan taekwondo peringkat interbatalion UPNM iaitu Batalion Tuah, Jebat, Kasturi, Lekiu dan Palapes.

Batalion Palapas UPNM telah menjuarai pertandingan dengan pungutan mata terbanyak diikuti batalion Kasturi. Namun, di atas nama batalion jemputan, batalion Palapes terpaksa akur dengan keputusan juri menobatkan batalion Kasturi sebagai Johan walaupun batalion Palapes layak bergelar johan keseluruhan.

Batalion PALAPES UPNM Juara!!!
Acara pemakaian pangkat kepada pegawai kadet Palapes UPNM telah berlangsung pada 8 Okober 2011 bertempat di Dataran Wawasan UPNM dan telah disempurnakan oleh CI.


Tahniah diucapkan kepada pemegang-pemegang pangkat pegawai kadet Palapes UPNM dan diharapkan pentadbiran Palapes UPNM bertambah mantap dari masa ke semasa.